
analisis wacana
SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI
Berikut adalah contoh kajian wacana terhadap drama yang ditayangkan di televisyen.
ANALISIS CIRI KEADAAN DALAM DRAMA “WADI”
1.0 PENGENALAN
Semua perkara yang melibatkan bahasa merupakan wacana. Selain melibatkan mesej ataupun teks, pengucapan, penerimaan dan juga situasi konteks, wacana juga merupakan konsep yang meliputi semua aspek komunikasi iaitu meliputi komunikasi yang bertulis yang melibatkan antara penulis dengan pembaca dan juga komunikasi secara lisan yang melibatkan penutur dengan pendengar.
Konsep wacana semakin banyak dikaji oleh para penganalisis bukan sahaja masa kini, malah sejak dahulu lagi. Oleh sebab itu, telah lahirlah tokoh-tokoh bahasa yang arif dalam bidang wacana ini. Antara tokoh bahasa yang telah memberikan sumbangan dalam bidang wacana ini ialah Henry Tarigan, Harimurti Kridalaksana, Samsuri, Asmah Haji Omar, Sanat Md. Nasir dan ramai lagi tokoh bahasa yang terkenal.
2.0 LATAR BELAKANG
Sebagai unit bahasa yang terlengkap, wacana mempunyai beberapa ciri yang penting bagi menghasilkan wacana yang utuh. Ciri wacana ini diteliti dari segi tujuan, runtutan, tautan, penerimaan, maklumat, keadaan dan juga interteks. Dalam analisis kajian ini, pengkaji ingin menganalisis ciri-ciri keadaan yang terdapat dalam drama “Wadi” yang diambil dalam daripada episod tiga dan episode empat.
Keadaan merupakan latar sewaktu bahasa itu digunakan, dan membantu pendengar atau pembaca memahami sesuatu wacana. Ungkapan “Jom”, misalnya difahami kerana digunakan dalam keadaan latar seseorang mempelawa seorang yang lain untuk mengikutinya. Dalam sesebuah drama, sesuatu keadaan cerita itu dapat dilihat melalui latarnya. Latar di sini dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu latar tempat, latar masa dan juga latar masyarakat. Analisis ciri keadaan dalam drama “Wadi” ini akan dilihat berdasarkan ketiga-tiga ciri latar tersebut. Latar tempat adalah merujuk kepada keadaan di rumah, di sekolah, dan sekitar kawasan kampung. Latar masa pula merujuk pada masa pagi, petang dan malam yang digunakan oleh watak dalam drama ‘Wadi’. Bagi latar masyarakat pula adalah merujuk
Pengkaji juga akan menganalisis bagaimana sesuatu ayat di pertuturkan dalam drama tersebut yang menunjukkan kepada ciri keadaan. Contohnya, jika tujuan penutur adalah untuk melaksanakan sesuatu perbuatan, jenis ayat yang terbentuk ialah ayat perintah. Bukan itu saja, tujuan penutur untuk menyatakan serta melahirkan perasaan akan dianalisis sebagai ciri keadaan yang terdapat dalam drama tersebut, contohnya perasaan seronok, terkejut, marah, geram, sakit dan sebagainya
3.0 OBJEKTIF
Dalam kajian ini, pengkaji telah mengemukakan dua objektif, iaitu:
1. Mengenal pasti ciri-ciri keadaan yang terdapat dalam drama.
2. Menganalisis ciri keadaan dalam drama Wadi.
4.0 PERSOALAN KAJIAN
Kajian ini dilakukan bagi menjawab persoalan-persoalan yang berikut:
1. Adakah ciri-ciri keadaan terdapat dalam drama “Wadi”.
2. Adakah ciri-ciri keadaan yang terdapat dalam drama “Wadi” menepati ciri- ciri keadaan wacana.
5.0 METADOLOGI KAJIAN
Metodologi merujuk kepada kaedah yang paling sesuai untuk menjalankan analisis ini dan menentukan tatacara yang efektif bagi menjawab pemasalahan kajian.
1. Kaedah perpustakaan
Secara umumnya, penyelidikan ini merupakan kajian kepustakaan. Kajian keperpustakaan adalah menjadi asas kepada pengkaji. Dalam kajian kepustakaan, pengkaji mengumpul data-data dan maklumat yang dikehendaki melalui bahan-bahan bercetak seperti buku, penulisan ilmiah, dan buku-buku rujukan.
2. Analisis kandungan
Pengkaji menganalisis kandungan iaitu analisis skrip drama selepas pengkaji membuat transkripsi drama “Wadi”. Melalui skrip ini, pengkaji dapat menjalankan kajian dengan mudah dan lebih teratur.
3. Kaedah internet
Kaedah internet juga telah digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan tajuk kajian yang dijalankan. Kaedah ini membantu pengkaji untuk mencari bahan kajian iaitu pengkaji dapat mencari drama”Wadi” di internet danpengkaji dapat membuat transkripsi semula drama “Wadi” menjadi skrip drama untuk dianalisis ciri-ciri keadaan yang terdapat dalam drama tersebut.
6.0 DAPATAN KAJIAN
Drama “Wadi” merupakan sebuah drama yang mengisahkan tentang seorang remaja iaitu “Wadi” yang hidup penuh dengan dugaan dan cabaran. Cerita ini memaparkan kehidupan yang penuh dengan dendam, konflik, penderaan, buli, kasih sayang yang akan merobek emosi penonton. Dalam analisis ini pengkaji mengkaji ciri-ciri keadaan yang terdapat dalam drama “Wadi” pada episod tiga dan episod empat sahaja. Analisis yang dibuat ini adalah berdasarkan dua kaedah iaitu kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif.
6.1 Kaedah Kualitatif
Pengkaji menggunakan kaedah ini bagi mengenal pasti ciri-ciri keadaan yang terdapat dalam drama “Wadi” pada episod tiga dan episod empat. Dalam hal ini pengkaji akan menyatakan ciri keadaan tersebut beserta dengan contoh ayat yang terdapat dalam drama “Wadi”.
Keadaan Sinis
A.3 Widya : Owhh.. macam tu, berbahasa sungguh bahasa awak sekarang Wadi?
A.192 Pak Rejap : Kalau dia pukul kau bagitahu Pak Rejap nanti Pak Rejap lapor kepada
polis (memberi peringatan)...dah pergi naik.
Berdasarkan ayat di atas, watak Widya dilihatkan mengetengahkan keadaan sinis kepada Wadi. A.3 tersebut ingin menunjukkan bahawa Widya ingin memberitahu wadi bahawa perkataan yang diucapkan oleh Wadi itu tidak sopan. Begitu juga dengan ayat A.192 yang menunjukkan bahawa Pak Rejap sedang memerli Mak tiri wadi yang selalu memukul Wadi.
Keadaan Marah
A.32 Cikgu : Dah! Dah! Dah! Jangan buat kecuh dekat dalam kelas saya ni. Korang dua
berdiri atas kerusi! Berdiri sekarang! Marah pelajar lain sibuk nak belajar,
korang sibuk nak main.
A. 46 Widya :Diam! Korang tak ada kerja lain ke selain buli dia?
A.168 Mak : Dah pandai mencuri sekarang, eh kau ni dasar anak pelacur!, sekarang ni kau
bagi tau aku siapa bagi kau selalu cuci ni ah. Macam mana kau masuk ke
dalam rumah aku hah! Jaaawabbb! Hah, kau ni memang tak sedar diri.
A.175 Mak :Eh sini kau, hah berambus! Kau pergi berampus dari sini! Kau jangan balik-
balik lagi! Kalau balik nahas kau tau!
A.210 Cikgu : Hei..apa yang nak jadi dengan kamu ni haa? Nak jadi ganster?..mak bapak
kamu hantar kamu semua kesekolah untu suruh belajar. Dah cikgu tak nak
kamu ada kat sini lagi..pergi masuk kelas dan esok pagi jumpa cikgu di bilik
disiplin.
Berdasarkan A.32 menunjukkan bahawa cikgu memarahi Wadi dan Syafiq kerana mereka telah menganggu pembelajaran di dalam kelas. A.46 menunjukkan kepada keadaan marah dimana Widya memarahi Syafiq kerana ia selalu membuli Wadi. Pada A.168 menggambarkan pula kemarahan yang berlaku kepada Ibu tiri Wadi iatu ia memarahi Wadi kerana telah memasuki ke dalam rumahnya. Ibunya juga telah mengusir ia keluar. Ayat diatas menggambarkan kepada kemarahan ibu wadi yang sebenar. A.210 pula menunjukkan keadaan kemarahan oleh guru di sekolah kerana berlaku pergaduhan antara Wadi, Epit, Azim dan Farid.
Keadaan Mempelawa
A.65 Widya : Akak akan kembalikan abang Wadi yang dulu. In sya Allah. Dah lah,
jom lah kak Widya hantar balik.
A.132 Cikgu Hanafi : Dahlah cikgu nak balik dulu. Kamu tak nak tupang sekali?
A.181 Pak Rejap : Dah!! Duduk rumah pak rejap je..Pak Rejap sanggup jaga kamu.
A.219 Pak Rejap : yew kew? Jangan nak bohong la..dah!! mari naik kereta ni.( pergi kedai makan)
Mempelawa adalah merujuk kepada menjemput seseorang. Dalam A.65 adalah ayat yang difahami iaitu Widya telah mempelawa Zira untuk dihantar pulang ke rumah. A. 132 juga membawa erti yang sama iaitu cikgu mempelawa Wadi untuk pulang bersama dengannya bagi A. 181, A.219 menunjukkan bahawa Pak Rejap sering mempelawa Wadi untuk tujuan sesuatu.
Keadaan Bertanya
Ayat bertanya ialah ayat yang digunakan untuk mendapatkan tentang sesuatu maklumat. Ayat yang sesuai digunakan ialah ayat tanya. Contohnya seperti ayat di bawah.
A.1 Widya : Wadi kenapa awak keluar daripada rumah saya tak bagitahu saya?
A.13 Widia : Tapi kenapa? Saya dengan keluarga saya memang ikhlas nak bagi dekat awak. Cuba awak tengok baju awak, seluar awak, kasut awak dah koyak macam tu. Awak memang perlukan pun.
A.26 Cikgu : Eh! Wadi, apahal kamu ni?
A.255 Ustaz : Betul apa yang Azim cakap pasal kamu tu Farid?
A.273 Ustaz : Apa awak buat kat sini?
A.290 Mak : (Ketuk pintu) Zira.. eh Zira kau tak nak makan ke.?
Berdasarkan ayat di atas dapat dilihat bahawa ia merupakan ayat keadaan bertanya. Dalam analisis ini, ayat bertanya terdapat pada A.1, A.13, A. 26, A.255, A.273, A.290 dan banyak lagi yang menunjukkan kepada ayat tanya. Kesemua ayat ini adalah ayat yang dapat menggambarkan kepada pertanyaan oleh watak-watak untuk mendapatkan maklumat dan soalan-soalan ini dijawab oleh orang yang ditanya.
Keadaan Sakit
A.25 Wadi : Arghhhh ! ( menahan kesakitan)
A.86 Wadi : Cikgu, kaki saya sakit, tu yang menggangu tu.
A.166 Mak : Ah sakit.. sini ah.. eh
A.167 Wadi : Mak sakit mak arhh!…
A.171 Wadi : Mak kesian Zira mak. Mak! Mak!. Ah! Ah! Arrhh!
Keadaan sakit jelas digambarkan oleh penutur dalam drama ini dengan menggunakan ayat seruan seperti “sakit”, “ahh”, dan “menangis”.berdasarkan ayat di atas dapat digambarkan bahawa penutur mengalami keadaan kesakitan, misalnya pada A.25, A. 86, A.166, A.167, dan A.171.
Keadaan Teruja
A.123 Wadi : Huih! hebat tu cikgu.
A.124 Cikgu Hanafi : Memang hebat. Kalau pelari wanita pulak kita ada Marina Chin, Zaiton Osman, Said Olcam, V Angamah.
A.127 Wadi : Wow ! Power cikgu. Tu memang power betul tu cikgu.
Keadaan teruja jelas digambarkan dalam A. 123, A. 124, dan A.127. Dalam A. 123 dan A.127 kata seruan “Wow” dan “Huih” dituturkan oleh penutur bertujuan untuk melahirkan perasaan terkejut apabila melihat sesuatu perkara yang menarik. A.124 pula menggambarkan kepada perasaan teruja Cikgu Hanafi dalam menceritakan tentang pelari wanita yang merupakan atlek sukan yang cemerlang kepada Wadi.
Keadaan Perbualan Tidak Formal
Perbualan tidak formal biasanya wujud dalam hubungan biasa iaitu antara rakan, dalam keluarga dan sebagainya. Hubungan ini akan menghasilkan kesan dialek sosial dalam pertuturan. Bahasa tidak formal dan tidak mementingkan kepada tatabahasa dan imbuhan.
Selain terdapat juga percampuran kod. Contohnya seperti ayat dibawah:
A.20 Azim : Ya Allah! Sedih bangat si, rasa mahu mehimbuskan air hingus aku kepadamu.Aduh! Sedih bangat si. Ya Allah! Yang itu hero, pengemis itu heroin namanya.
A.33 Azim : Eh, eh, Abey kenapa abey? Tayar pancit ke abey?
A.280 Syafiq : Hm aaaa... Saya nak bela janggut macam ustaz baru nampak baik, tawaduk hensem.
Dalam A.20, Penutur menggambarkan hubungan komunikasi yang tidak formal iaitu antara Azim dan Syafik. Dalam ayat ini perbualan tidak formal berlaku kerana wujudnya percampuran kod dalam ayat tersebut seperti perkataan hingus, bangat, hero, heroin.Begitu juga dengan A. 33 dan A. 280 yang menunjukkan terdapat percampuran kod dan dialek.
Keadaan Rendah Diri
A.131 Wadi : Tak ada la, saya takut impian saya tu tak tercapai cikgu, saya pun bukanya senang sangat . Budak miskin, kadang saya selalu jugak cakap dengan diri saya boleh ke budak miskin ni lari jauh sampai peringkat dunia tu kan.
A.173 Wadi : Mak, mak jangan macam ni mak! Mak, mak! Mak Wadi mintak maaf.
Dalam ayat di atas menunjukkan bahawa penutur berasa rendah diri dengan dirinya. Misalnya pada A.131, yang menunjukkan bahawa Wadi amat berasa rendah diri iaitu ia tidak boleh mencapai hajatnya untuk menjadi seorang pelari pecut. Wadi juga sering merendah-rendahkan dirinya yang hidup miskin. A.173 pula adalah menunjukkan wadi seorang yang rendah diri iaitu ia sering meminta maaf dengan ibu tirinya walaupun ia tidak buat salah.
Keadaan Patuh dan Taat
A.191 Pak Rejap : Nanti Wadi muka kamu terpapar di surat khabar, di kaca tv baru hebat,
ketiga, jangan lupakan tuhan,..solat jangan tinggal..insyaAllah dengan usaha yang bertekad akan menghasilkan hasil yang berjaya.
A.231 Ustaz : Mohd Azim, Mohd Syafiq, Mohd Farid, Mohd Wadi. MashaAllah indah sungguh nama kamu semua. Semuanya bermula dengan nama Rasulullah. Sepatutnya kamu contohi sifat-sifat Rasulullah Siddiq, amanah, tabliq dan fatonah.
Keadaan patuh dan taat pada suruhan Allah SWT jelas digambarkan pada A. 191 dan A. 231. Pada A. 191 menggambarkan bahawa Pak Rejap patuh dengan perintah Allah iaitu ia telah menasihati Wadi agar tidak melupakan Allah dan tidak meninggalkan solat yang mana ia akan membawa kejayaan dalam diri. A. 231, pula Ustaz menyatakan kepada Azim, Syafiq, Farid , dan Wadi bahawa nama mereka bermula dengan nama Rasulullah. Ustaz juga menasihati mereka agar mencontohi sifat-sifat Rasulullah dalam kehidupan.
Keadaan Di Rumah
A.160 Zira : Abang, abang….. abang. Sory tadi Zira terlelap. Abang pergi mandi, lepas mandi basuh baju tau.
A168 Mak : Dah pandai mencuri sekarang, eh kau ni dasar anak pelacur!, sekarang ni kau bagi tau aku siapa bagi kau selalu cuci ni ah. Macam mana kau masuk kedalam rumah aku hah! Jaaawabbb! Hah, kau ni memang tak sedar diri..
A.290 Mak : (Ketuk pintu) Zira.. eh Zira kau tak nak makan ke.?Aku tengok kau sehari suntuk tak makan. Nanti sakit siapa susah. Ziraaa.... (jerit kuat).
Contoh ayat di atas jelas menunjukkan kepada keadaan dirumah yang terdapat dalam drama Wadi . Keadaan dirumah dapat digambarkan melalui pertuturan yang berlaku oleh watak. Keadaan di rumah yang terdapat dalam contoh-conto ayat tersebut menggambarkan bahawa ia berlaku di rumah Wadi. Hal ini menggambarkan latar tempat yang terdapat dalam drama Wadi tersebut. contonya adalah seperti dalam A. 160, A.168, dan A. 290.
Keadaan Di Sekolah
A.27 Wadi : Cikgu ! Syafiq lastik saya, cikgu.
A.52 Widya : Sekali lagi, aku nampak korang buli Wadi, aku tak akan teragak-agak bagitahu dekat guru disiplin.
A.114 Cikgu Hanafi : Wadi kamu lebih minat jadi pelari pecut ke pelari maraton ?
A.115 Wadi : Dua- dua saya suka cikgu.
A.194 Widya : Kenapa Awak lambat datang sekolah wadi?
A.210 Cikgu : Hei..apa yang nak jadi dengan kamu ni haa? Nak jadi ganster?..mak bapak kamu hantar kamu semua kesekolah untu suruh belajar. Dah cikgu tak nak kamu ada kat sini lagi..pergi masuk kelas dan esok pagi jumpa cikgu di bilik disiplin.
Keadaan di sekolah dapat digambarkan melalui contoh-contoh di atas. Semua contoh tersebut adalah menggambarkan watak-watak yang terlibat yang latar tempatnya adalah berlaku di sekolah. Keadaan di sekolah boleh dilihat melalui A. 27, A.52, A.114, A.115, A.194, A. 210, dan banyak lagi. A.244. Contoh pada A.194, yang menggambarkan wadi hadir lewat kesekolah menyebabkan ia ditahan oleh pengawas iaitu Widya.
Keadaan Di Atas Bukit
A.1 Widya : Wadi kenapa awak keluar daripada rumah saya tak bagitahu saya? Kalau awak tak hormat saya sebagai kawan awak pun tolonglah hormat papa dan mama saya. Sejak bila awak jadi manusia yang tak ada perasaan ni? Dulu awak tak macam ni.
Keadaan di atas bukit adalah menggambarkan kepada tempat yang melibatkan watak-watak dalam drama Wadi. Keadaan di atas bukit itu adalah menunjukkan bahawa Widya pergi berjumpa dengan Wadi di atas bukit untuk membicarakan sesuatu perkara dengannya.
Keadaan Di Tepi Jalan
A.65 Widya : Akak tak pernah benci abang Wadi. Akak akan kembalikan abang Wadi yang dulu. In syaAllah. Dah lah, jom lah kak Widya hantar balik.
A.66 Zira : Eh, tak payahlah kak, nanti mak marahlah. Zira pergi dulu ea.
Latar tempat yang ditunjukkan adalah berlaku di tepi jalan raya. Hal ini dapat dilihat pada A.65 dan A. 66 yang menunjukkan Widya berjumpa dengan Zira dan mereka berbual-bual tentang abang Zira iaitu Wadi. Widya juga mempelawa Zira untuk dia menghantar Zira pulang kerumah.
Keadaan Di Kedai Snooker
A.89 Epit : Ee aku tak faham , aku dengar Cikgu Hanafi tu selalu sangat bawak budak tu pergi tranning dekat stadium. Heh.. tapi biasa la Cikgu Hanafi tu memang sayang sangat dengan Si Wadi tu kan.
A.213 Epit : Macam mana akau tak membebel..kau boley main snooker? Kau rileks..aduhhh..kau tak takut ke esok kalau cikgu bagitahu ibu bapa kita macam mana?
Dalam dialog diatas menunjukkan bahawa ia berlaku di kedai Snooker. Hal ini dapat dilihatpada A.89 dan A. 213 iaitu yang menceritakan tentang Epit dan Azim yang sedang berbual didalam kedai tersebut. Dalam kedai tersebut mereka berbual tentang Cikgu Hanafi dan Wadi. Mereka juga berasa takut sekiranya Cikgu memberitahu kepada ibu bapa mereka tentang pergaduhanmereka di sekolah.
Keadaan Di Kedai Makan
A.189 Pak Rejap : Haa..ini baru makanan yang betul untuk seorang pelari, untuk seorang yang jadi atlek Negara, (sambil tersenyum)..dalam ni ada carbohidrat , vitamin.
Keadaan watak juga berlaku di kedai iaitu kedai Pak Rejap. Berdasarkan contoh ayat di atas dapat dilihat bahawa berlaku pertururan atara watak dalam drama tersebut. Iaitu dapat dilihat dalam A.189 di mana Wadi dan Pak Rejap sedang berbual-bual sambil makan
di situ.
Keadaan Pada Waktu Pagi
A.32 Cikgu : Dah! Dah! Dah! Jangan buat kecuh dekat dalam kelas saya ni. Korang dua berdiri atas kerusi! Berdiri sekarang! Marah pelajar lain sibuk nak belajar, korang sibuk nak main.
A.194 Widya : Kenapa Awak lambat datang sekolah wadi?
Dalam drama ini, suasana dan keadaan pagi dapat dilihat atau digambarkan melalui kata-kata yang tepat maksudnya. Suasana pagi dapat digambarkan seperti A.32, iaitu ia menceritakan suasana di dalam kelas pada waktu pagi di mana Wadi dan Syafiq mendapat hukuman daripada cikgu iaitu mereka perlu berdiri di atas meja kerana telah menggangu pembelajaran di dalam kelas. Pada A.194 pula menunjukkan bahawa Wadi datang ke sekolah lambat dan disekat oleh pengawas iaitu Widya.
Keadaan Pada Waktu Tengah Hari
A.10 Farid : Widya, aku cakap ni bukan untuk batu apikan kau, tapi aku ikhlas. Wadi tu, dia tak suka orang tolong dia, dia rasa hina tau kalau orang tolong dia. Bukan dapat apa pun. Buat sakit hati jek. Baik kau tolong anak-anak yatim,
tolong orang tua lagi bagus. Ha , dorang tu lebih layak. Buat apa nak tolong orang , kalau orang tu tak nak kita tolong dia.
Dalam ayat di atas menggambarkan suasana yang berlaku pada waktu tengah hari iaitu pada A.10 Widya pergi berjumpa dengan Farid di kedai dan mereka berbua-bual mengenai Wadi yang tidak mahu menerima pertolongan daripada Widya.
Keadaan Pada Waktu Malam
A.213 Epit : Macam mana akau tak membebel..kau boleh main snooker? Kau boleh rileks..aduhhh..kau tak takut ke esok kalau cikgu bagitahu ibu bapa kita macam mane.
A.217 Pak Rejap : Kau tahu tak lari malam-malam ni bahaya. Kau dah makan dah?
Berdasarkan ayat di atas, ia menggambarkan kepada suasana waktu malam. Hal ini dapat dilihat pada A. 213, dimana Epit dan Azim telah pergi ke kedai snooker dan bermain disana. Pak Rejap juga telah bertanya sama ada Wadi sudah makan atau belum. Hal ini dapat dilihat pada A.217.
6.2 Kaedah Kuantitatif
Pengkaji menggunakan kaedah kuantitatif dalam menganalisis ciri-ciri keadaan yang terdapat dalam drama Wadi. Hal ini dapat memudahkan pengkaji untuk memastikan penggunaan ciri-ciri keadaan yang ada dalam drama tersebut.
Berdasarkan analisis yang dilaksanakan dalam drama “Wadi”, pengkaji mendapati bahawa drama “Wadi” mengandungi banyak ciri keadaan yang dipaparkan dalam drama tersebut. Secara keseluruhan drama tersebut mengandungi ciri-ciri keadaan, namun pengkaji hanya menganalisis ciri-ciri keadaan pada bahagian yang nampak secara jelas keadaan itu berlaku. Dalam jadual di atas menunjukkan bahawa ayat bertanya merupakan ciri keadaan yang paling banyak digunakan dalam drama “Wadi”. Iaitu terdapat enam belas ayat tanya yang tuturkan oleh watak dalam drama “Wadi” ini. Hal ini demikian kerana pengarah ingin menggambarkan keadaan diri penutur bertanyakan tentang sesuatu perkara.
Selain itu, ciri keadaan marah juga banyak digunakan dalam drama ini. Terdapat Sebanyak dua belas ayat yang menggunakan ayat seruan yang menunjukkan nada kemarahan penutur kepada orang lain. Ciri keadaan sakit juga menunjukkan bilangan yang banyak iaitu terdapat lapan ayat yang digunakan bagi ayat seruan. Keadaans sakit yang digambarkan itu disebabkan oleh watak banyak kena pukul. Manakala ciri keadaan teruja hanya mengandungi tiga ayat sahaja.
Pengarah juga banyak menggunakan keadaan latar tempat dalam drama tersebut iaitu dapat digambarkan kejadian-kejadian oleh watak yang berlaku di sekolah dan di rumah. Keadaan di sekolah dan di rumah banyak digunakan sebagai latar tempat dalam cerita ini. Selain itu terdapat beberapa latar tempat lain yang digunakan seperti di atas bukit, dijalan raya, dan di kedai makan.Namun, penggunaan latar ini hanya sedikit sahaja berbanding latar di sekolah dan di rumah.
Di samping itu, bagi penggunaan latar masa, pengarah telah menggunakan keadaan masa pada waktu tengah hari lebih banyak daripada waktu pagi dan malam iaitu sebayak sembilan keadaan waktu tengah hari yang dipaparkan dalam drama “Wadi” ini. Manakala keadaan waktu pagi sebanyak enam ayat dan waktu malam sebanyak empat ayat yang didapati oleh pengkaji dalam drama ini.
Keadaan latar masyarakat pengkaji hanya mendapati terdapat empat ayat yang digunakan bagi menggambarkan keadaan masyarakatyang taat dan patuh pada perinta Allah. Bagi ciri keadaan lain-lain iaitu perbualan tidak formal dan keadaan rendah diri adalah turut mengandungi bilangan ciri keadaan yang sedikit. Oleh itu dapat dilihat bahawa ciri keadaan yang banyak digunakan oleh pengarah dalam drama ini ialah ciri keadaan masa, latar tempat, keadaan marah,dan keadaan bertanya.
7.0 RUMUSAN
Kajian analisis ini telah membincangkan secara jelas perkara yang berkaitan dengan ciri-ciri keadaan yang terdapat dalam drama “Wadi”. Secara keseluruhan analisis ini menunjukkan bahawa setiap perkara yang melibatkan penggunaan bahasa mengandungi ciri-ciri keadaan tertentu yang membolehkan pembaca atau penonton memahami dan dapat membezakan sesuatu keadaan yang digambarkan dalam sesebuah drama.
Dalam analisis ini telah diterangkan bagaimana ciri keadaan digunakan dalam drama wadi. Ciri keadaan yang terdapat dalam drama “wadi” mampu memberi kefahaman terhadap cerita yang disampaikan dalam drama “Wadi”. Dalam analisis ini aspek yang dikaji dalam ciri keadaan ialah penggunaan latar masa, latar tempat, dan latar masyarakat serta ayat seruan, ayat tanya,ayat perintah dan lain-lain lagi yang menampakkan ciri keadaan. Manakala, antara ciri-ciri keadaan yang diketengahkan oleh pengkaji contohnya keadaan di rumah, keadaan di sekolah, keadaan di kedai, keadaan di atas bukit, keadaan marah, keadaan teruja, keadaan sakit, keadaan mempelawa dan sebagainya.
Oleh itu, dengan penggunaan ciri-ciri keadaan dalam sesebuah drama atau cerita mampu memberi kefahaman dan penerangan kepada penonton atau pembaca mengenai sesuatu wacana yang ingin disampaikan.

SUMBER:
Asmah Haji Omar. (2006). Panduan wacana akedemik teori dan penerapan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Idris Aman. (2010). Analisis wacana. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Henry Guntur Tarigan. (1995). Pengajaran wacana. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Mohd Rasyid Md Idris (2004). Analisis wacana cerpen dari perspektif struktur maklumat dan struktur tema. Kuala Lumpur: ACH Communiication Sdn. Bhd.
Mohd Rasyid Md Idris, Norliza Jamaluddin, Abu Hassan Abdul dan Adenan Ayob. (2012).Tatabahasa wacana. Tanjung malim Perak: Emeritus Publications.
Mohd Rasyid Md Idris, Norliza Jamaluddin, Abu Hassan Abdul dan Adenan Ayob. (2012). Analisis wacana berdasarkan teks komsas terpilih. Tanjung Malim Perak: Emeritus Publication.
Drama Wadi. (2015).http://myflm4u.in/?s=wadi&x=0&y=0.