
analisis wacana
SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI
Blog ini dibina bagi menyempurnakan tugasan kumpulan bagi kursus Analisis Wacana. Kursus ini merupakan salah satu kursus major untuk pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) bahasa Melayu. Dengan penulisan blog wacana ini diharap dapat memberikan manfaat kepada semua pembaca terutamanya kepada kepada yang berminat untuk mendalami ilmu tatabahasa wacana. Semoga ilmu yang disalurkan melalui blog ini dapat dikongsi bersama demi kebaikan bersama.
SELAMAT MEMBACA....

Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Rashid Md Idris merupakan pensyarah bagi kursus Analisis Wacana di Universiti Pendidikan Sulatan Idris.
Kursus ini bertujuan membiasakan pelajar dengan pendekatan pelbagai disiplin yang berkaitan dengan teori dan analisis wacana. Penekanan diberi kepada kedua-dua bentuk wacana, iaitu lisan dan tulisan. Kursus ini diharap dapat menyediakan peluang kepada pelajar untuk menggunakan kefahaman mereka tentang kaedah dan pendekatan yang dipelajari bagi menganalisis wacana dalam pelbagai konteks.